


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM & MISKIN DARUL KHUSUS (PEYAKIN) NEGERI SEMBILAN
En Omar b Hj Abu Bakar - YDP PEYAKIN NS merangkap Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dan para perwakilan PEYAKIN NS iaitu terdiri daripada YBhg Dato' Hj Sudin b Kamari (Pengasas PEYAKIN NS), Datin Hjh Noraini bt Mohd Khir (Isteri kepada Pengasas) serta Cik Shafiza bt Ramli (Setiausaha Kehormat PEYAKIN NS) bersama-sama dengan 5 orang pegawai PEYAKIN NS berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung PEYATIM Kali Ke-18 yang telah diadakan di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 19 Ogos, 2008. Mesyuarat Agung tersebut juga telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Badan Gabungan yang lain dari seluruh
Ibu miskin Puan Nafsiah bt Yusof bekerja di Kilang Ayam, Pedas yang telah berpisah dengan suaminya sejak beberapa tahun yang lalu kini tinggal bersama ibunya berumur lebih kurang 80 tahun (uzur) dan 5 orang anak, yang sulung bekerja sebagai pembantu kantin berumur 21 tahun dan telah berkahwin mempunyai seorang anak yang masih kecil menetap di Kuala Lumpur. Anak-anak yang lain masih bersekolah di Tahun 2-6 di Sekolah Kebangsaan Bongek, Rembau. Ibu tersebut terpaksa berulang-alik dari rumah di Kg Baru Chengkau Ulu,
Anak-anak tersebut terpaksa berdikari sendiri untuk persiapan ke sekolah dengan menaiki van yang dibayar sebanyak RM 200 sebulan. Semasa anak-anak berada di sekolah maka tinggallah nenek tersebut seorang diri di rumah.
Pada awal tahun 2008, anak-anak tersebut telahpun didaftarkan dengan
Lawatan YDP PEYAKIN NS baru-baru ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan barang makanan mendapati hanya nenek yang telah uzur sahaja yang berada di rumah, sedangkan melihat pada keadaan kesihatan nenek tersebut beliau tidak sepatutnya ditinggalkan keseorangan tetapi kerana ibu dan anak-anak terpaksa bekerja dan ke sekolah maka ianya terpaksa dilakukan dengan harapan agar tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dan didapati juga keadaan dapur rumah tersebut memerlukan tindakan segera untuk dibaiki. Keadaan ini sudah tentu menyentuh perasaan setiap orang sekiranya melihat sendiri kehidupan keluarga ini.